Teknik Melayan Penyewa “SERAM”

Adat atau lumrahnya bila kita berniaga, sudah tentu tak boleh lari dari susah dan senang perniagaan tersebut. Ada waktu indahnya berniaga, dan ada kalanya menyesalnya berniaga.
Itulah yang membezakan di antara seorang peniaga yang berjaya dengan yang gagal.
Iaitu keupayaannya menghadapi dan menyelesaikan cabaran. Ada setengah orang suka panggilnya sebagai masalah, saya lebih suka memanggilnya cabaran.
Kerana adat manusia tidak suka masalah, tapi pantang dicabar. Jadi bila ianya cabaran, sudah tentu kita akan cari jalan melawan cabaran tersebut. Namun, apa pun gelaran dan panggilannya, ianya mestilah diselesaikan dengan baik dan tenang.
Samalah juga di dalam aktiviti sewaan yang mana ianya juga sebuah perniagaan. Seorang pemilih rumah sedang menyewakan rumahnya dan peroleh pendapatan dari sewaan tersebut.
Di sini saya nak kongsikan tips pengurusan sewaan. Sebelum seorang penyewa itu menjadi mimpi ngeri kepada kita, seeloknya sewaan tersebut disusun dan diuruskan dengan betul dari awal lagi.

TIPS SECARA FASA SEWAAN

FASA 1 – SEBELUM SEWAAN

  1. Adakan sesi suai kenal dengan penyewa dan tanyakan objektif utama sewaan. Waktu ini kita berpeluang untuk kenal sedikit sebanyak jenis penyewa dan cara berfikir penyewa kita. Kalau boleh, tanyakan sikit soalan pandangannya tentang amanah, hutang dan prinsip hidup.
  2. Nyatakan juga prinsip menyewa bersama dengan kita. Apa perkara yang mesti dipastikan dibuat setiap bulan, apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di rumah tersebut dan displin lain sewaan seperti menghormati jiran dan kejiranan kawasan tersebut.
  3. Jangan lupa, kita juga ada tanggungjawab kita kepada penyewa, maksudnya nyatakan juga apa yang kita akan bantu sepanjang sewaan tersebut. Dari segi kita bayar bil indah water, cukai pintu dan cukai tanah. Kemudian jika ada kerosakan, jenis kerosakan pakah yang akan kita baik pulih. Beritahu juga perkara yang kita takkan betulkan seperti paip pecah, tandas tersumbat dan sebagainya.
  4. Selepas dah selesa dan rasa tenang dengan sesi perbualan tersebut, maka terbentuklah perjanjian sewaan. Ambil peluang untuk duduk dan terangkan setiap syarat dan dinyatakan di dalam perjanjian tersebut. Kalau tak sempat secara setiap syarat, secara bahagian atau rumusan setiap muka surat pun ok dah. SAYA SUKA TEKANKAN SYARAT DI MANA JIKA TIDAK BAYAR SEWA. Nak beri maklumat kepada penyewa jika tidak bayar sewa, bila kontrak terbatal, dan apa saya sebagai pemilik rumah boleh lakukan seperti tolak deposit, notis keluar dan sebagainya.

FASA 2 – SEMASA SEWAAN

  1. Budayakan dengan penyewa membayar sewa pada tarikh tertentu. Maksudnya pada tarikh tertentu, kita ingatkan tentang sewaan patut dibayar. Lama kelamaan penyewa sudah biasa dan rutinkan bayaran sewaannya.
  2. Sekali sekala, mungkin 6 bulan sekali, tanya khabar penyewa dan tanyakan keadaan rumah. Bererti ada apa-apa yang kita bole bantu supaya dia selesa duduk dirumah kita. Yang kita bakal baikpulih adalah rumah kita jugak. Jadi jangan ada perasaan buat tu untuk penyewa.

FASA 3 – JIKA ADA TANDA NAK JADI MIMPI NGERI

Ini berlaku bila mula ada “signal” dari penyewa yang mimpi ngeri kita bakal bermula. Antara signalnya call dah tak jawab, whatsapp baca, tapi senyap je. Tekan loceng dia ada kat dalam tapi senyap tak buka pintu dan mcm2 lagi signal. Jika signal ini dah ada, maka bermulalah strategi kita untuk uruskan:
  1. Mulakan dengan ingatkan persetujuan yang dibincangkan dulu dengan tenang sebelum sewaan.
  2. Beri tempoh “deadline” masa yang kita rasa boleh bertolak ansur. Kadang kita tak tahu, mungkin penyewa tersebut sedang lalui cabaran kehidupan yang t ersendiri. Jadi sebagai ihsan kita, bagi ruang masa sedikit. Nyatakan tarikh yang kita harapkan sewaan perlu dibayar.
  3. Tekankan semula syarat dalam tenancy agreement yang menyatakan apa kita bole lakukan terhadap penyewa tersebut. Sebutkan syarat no berapa. Dia pun tahu kerana kita dah duduk dan bincang dengannya sebelum sewaan dulu. Yang bagusnya, apa tindakan kita selepas ini adalah dia sedia maklum.
  4. Gunakan pendekatan syahdu seperti:
    • Saya terpaksa menanggung kerugian bayar kat bank, lari budget keluarga saya bulan ni.
    • Jangan buat begini, semua perkara boleh dibincangkan dengan baik. Jika ada masalah dengan sewaan, kita selesaikan.
    • Sekadar peringatan, hidup kita takkan tenang jika menzalimi orang lain. Kehidupan kita tidak berakhir disini. Masih jauh lagi perjalanan tuan.
    • Jangan buat begini bang, doa orang dizalimi makbul….
Dengan izinNYA, diharap penyewa tersebut kembali menjadi mimpi indah sewaan bersama kita. Namun, jika ianya berterusan menjadi mimpi ngeri yang menghantui kita, nantikan saya kongsikan, BAGAIMANA NAK KELUARKAN KISAH “NGERI” TERSEBUT.

No comments:

Post a Comment

Pages