BELI RUMAH KOS RENDAH BUKAN SEMUA LAYAK


 
Sebenarnya tidak semudah itu. Rumah kategori ini ialah hartanah kawalan. Walaupun unit dijual secara subsale, kelulusan tukar nama tetap tertakluk pada pihak berkuasa negeri seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kalau tak lepas syarat, consent memang boleh ditolak.

.
Pertama, syarat pemilikan. Kebanyakan skim mewajibkan pembeli dan pasangan belum pernah memiliki rumah, bergantung kepada dasar semasa. Kalau dah ada rumah lain dan nak beli untuk pelaburan, besar kemungkinan permohonan tak diluluskan.
.
Kedua, had pendapatan isi rumah. Ada siling gaji tertentu, contohnya bagi skim seperti Rumah SelangorKu yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Jika pendapatan melebihi had, walaupun mampu bayar, tetap tak layak.
.
Ketiga, status kewarganegaraan. Hanya warganegara Malaysia dibenarkan. PR atau warga asing memang tidak dibenarkan memiliki kategori ini.
.
Dari sudut kewangan, ansuran biasanya rendah dan mesra cashflow. Cuma perlu bersedia dengan kos baik pulih kerana banyak unit berusia lebih 20 tahun dan isu penyelenggaraan bergantung pada pengurusan bangunan.
.
Kesimpulannya, beli low cost bukan soal mampu bayar semata-mata, tetapi soal layak ikut undang-undang. Semak kelayakan dahulu sebelum viewing supaya tak buang masa dan emosi.
.
.
.
.
Sharil Routh
Ejen Hartanah | Perunding Hartanah Berdaftar | Property Agent
(REN 19425)
IQI REALTY SDN BHD
.
.
"Finding Spaces That Fit Your Story"

No comments:

Post a Comment

Pages