MRTT Vs MLTT




Bila loan dah lulus, biasanya banker akan tanya satu soalan penting: nak ambil MRTT atau dah ada MLTT sendiri? Ramai masa ni jadi blur. Dua-dua memang takaful untuk lindungi hutang rumah kalau berlaku kematian atau TPD, tapi struktur dan kesannya pada waris memang berbeza.

.
.
MRTT ialah Mortgage Reducing Term Takaful. Kebiasaannya ia ditawarkan sekali dengan pakej pembiayaan bank seperti Maybank atau CIMB. Caruman selalunya dibayar sekali gus dan boleh dimasukkan dalam jumlah loan, jadi tak perlu keluar tunai besar. Cuma perlindungannya makin berkurang ikut baki hutang. Jika berlaku sesuatu di hujung tempoh, pampasan cukup-cukup untuk langsaikan baki pembiayaan sahaja dan bayaran terus kepada bank.
MLTT pula ialah Mortgage Level Term Takaful yang diambil secara berasingan melalui ejen takaful. Nilai perlindungan kekal sama sepanjang tempoh. Kalau ambil RM300k, jumlah itu kekal walaupun baki hutang dah susut. Waris boleh selesaikan hutang dan masih ada lebihan tunai. Polisi ini juga boleh dibawa jika jual rumah dan beli rumah lain, serta boleh dibuat hibah supaya proses tuntutan lebih lancar.
.
Bezanya mudah. MRTT sesuai kalau nak komitmen rendah dan fokus habiskan satu rumah sahaja. MLTT sesuai kalau ada cashflow stabil dan nak fleksibiliti serta perlindungan tunai lebih untuk keluarga. Apa pun pilihan, paling bahaya sebenarnya bukan salah pilih, tapi tak ambil langsung perlindungan.
.
.
.
.
Sharil Routh
Ejen Hartanah | Perunding Hartanah Berdaftar | Property Agent
(REN 19425)
IQI REALTY SDN BHD
.
.
"Finding Spaces That Fit Your Story"

No comments:

Post a Comment

Pages